- Laporan Khas Setiap Perlawanan -
( Update Terbaru : 2hb. December 1999 )

 
 
.
.. .HOME : SAQAR QURISH....
.
..
.
- NOVEMBER -
..
( Musallas United F.C  )  vs  ( Rumah Johor )
.
.
Date        :   16hb November 1999
Stadium   :    Saqar Qurish ( home )
Result      :   8 - 3
.
Laporan Lanjut  :

    Permainan MUFC begitu jitu dan membahagiakan masyarakat sekeliling. Masakan tidak menang besar 8 berbalas 3 sahaja. Itu pun kerana kesihan kepada pihak lawan kerana mereka semua bukan orang lain. Sejohor jugak.
   Yang sebenarnya.. Perlawanan begitu sengit. Di mana MUFC pasukan kesayangan Siti Nurhaliza ini telahketinggalan 0 - 3 di tiga suku separuh masa pertama. Tapi kerana nak menang sangat sebab kalau kalah malu besar pasal bermain ditempat sendiri. Di hadapan penyokong sendiri. Players semua kembali menyengat pada separuh lagi tiga suku masa di separuh masa pertama itu.
    Di separuh masa kedua. Seorang penyerang lawan striker Abd. Halim Sarmin telah menyepak bola sekuathatinya kerana dah bengang la kan, tak dapat2 score. So oleh kerana kuat gila dia sepak, bola pun terlepas dari stadium Saqar Qurish dan terus hilang dirembat oleh arab yang lalu diluar stadium dengan menaiki lori terus saja ambil dan nahh.... lolos saja bolanya dicempak belakang lori lantas cabut si.........itu.
.
News by :    Sdr. Ali Anbar Rupat dari Harian OLE Indonesia.


Lancang Kuning F.C ( Riau ) vs  ( Musallas United F.C )
.
.

Date        :   19hb November 1999
Stadium   :    Kuliah Perubatan, Universiti Al-Azhar
Result      :   3 - 2
.
Laporan Lanjut  :

    Permainan M.U.F.C pada kali ini agak kurang menarik. Ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor yang dikenal pasti oleh pihak pengurusan. Antaranya :-
    1- Tidak bertahajud pada malam sebelum perlawanan.
    2- Kelewatan para pemain.
    3- Ketiadaan streching sebelum perlawanan menyebabkan ramai yang pancit.
    4- Ketiadaan air menyebabkan ramai yang belum melabur.
    5- Ketiadaan bola rasmi Adidas untuk perlawanan.
    6- Kesalahan niat ( nak berlagak dengan Anbar ).
    7- Pihak lawan meminjam jersi kelab M.U.F.C. ( boring gilerrrrr )
    Sebenarnya mutu perlawanan agak baik kerana M.U.F.C berjaya mengawal permainan tetapi rezeki tidak menyebelahi pihak M.U.F.C. Serangan yang bertalu-talu menyebabkan pihak lawan terkeluar jawa totoknya ( manis-manis dan santai ). Ini menyebabkan telinga pemain-pemain begitu berbulu sehinggakan bola sering tersasar bila mana bola hendak mencari gol digawang lawan.
    Ketidak hadiran penyokong setia M.U.F.C sedikit sebanyak membantutkan semangat para pemain kerana lebih 90 peratus penonton adalah dari Kepulauan Indonesia. Antara penonton istimewa yang hadir ialah Desi Ratnasari, Roma Irama, Rano Karno, Dono, Indro dan Mas Joko ak uk uk. Dan tatkala Desi Ratnasari mendendangkan lagu Tenda Biru, semua pemain M.U F.C tidak dapat menumpukan permainan kerana ada sesuatu yang tidak diingini terjadi..........

News by : Sdr Awangku Ahmad Hakam b. Awangku Abdullah, Al-Azhar.


Pesantren Darul Najah ( Jakarta )  vs ( Musallas United F.C )
.
.

Date        :   26hb November 1999
Stadium   :    Kuliah Perubatan, Universiti Al-Azhar
Result      :    3 - 3
.
Laporan Lanjut  :

    Kali ini perlawanan lebih meriah. M.U.F.C hanya diizinkan berehat selama seminggu. Tetapi telah berjaya menunjukkan permainan yang begitu mantap sehingga dapat memberi saingan kepada kelab kedua terkuat di Liga Indonesia.
    Seperti biasa pihak lawan akan mendahului M.U.F.C kerana pemain seringkali lambat panas. Kali ini lebih lambat panas dengan kehadiran penjaga gawang yang baru tiba. Pemain belum panas lagi tapi gawang sudah dibolosi. Pemain begitu panas dengan keeper mereka yang baru itu. Antara kelemahan keeper baru M.U.F.C ini ialah :-
    1- Matanya rabun kambing.
    2- Glove pinjam.
    3- Pad baru jenama Wumbro.
    4- Alah silau mentari
    5- Memakai track seperti seorang cikgu.
    6- Gabra.
    7- Menangkap bola seperti menangkap ayam ( Zul ).
    Sebelum tamat separuh masa kedua, M.U.F.C kembali bangkit dan mengubah kedudukan menjadi 3-2 mendahului pihak lawan. Ketiga-tiga gol dijaringkan selang lima minit sahaja. Ini menyebabkan pemain-pemain pihak lawan pula menjadi panas. Separuh masa kedua menyaksikan M.U.F.C enjoy dan berkampung di tempat sendiri dan membuat kemah di hadapan gawang sendiri. Ini menyebabkan pihak lawan semakin hilang taringnya.
    Sekali lagi keeper melakukan kesilapan. Sedang asyik mengecat tiang gol, pada minit yang ke-99 pihak lawan berjaya mencilok bola yang termuntah dari kaki keeper ( pekhhhh keeper lagi ) lalu membolosi gawang M.U.F.C.
    Pihak pengurusan berpuas hati kerana persembahan M.U.F.C kali ini semakin bermutu. Cuma yang kurang bermutu sistem pengadilan pihak lawan yang menganjakkan perlawanan hampir ke Isyak. Perkara ini telah dibantah oleh pegawai agama M.U.F.C.

News by : Sdr. Azizan b. Abd Karim, Al-Ahram.
 


- DISEMBER -

PERKEMAS ( Singapura ) vs  ( Musallas United F.C )
.
.

Date        :   02hb Disember 1999
Stadium   :    Walley, Abasiyah
Result      :     3 - 2
.
Laporan Lanjut  :

     Hai, hai, hai....kita bertemu kembali. Permainan M.U.F.C pada kali ini di mulai dengan agak garang sedikit. Baru beberapa minit bermain, pihak lawan telah dikejutkan oleh jaringan pasukan pilihan, M.U.F.C. Keputusan yang diperolehi agak mengecewakan pihak pengurus pasukan. Pihak pengurus telah mengenal pasti beberapa punca kekalahan setelah proses post-mortem dilakukan. Antaranya ialah :-
1-    Tidak berwuduk sebelum perlawanan.
2-    Tidak mendapat tidur dan rehat yang cukup.
3-    Tidak bersarapan pagi.
4-    Lewat bangun dan sekaligus lewat solat Subuh.
    Tetapi jaringan 2 gol itu tidak dapat bertahan lama. Segala kesilapan adalah berpunca daripada keeper. Kelalaiannya mengakibatkan pihak lawan berjaya mendapatkan gol pertama mereka dan keluarga mereka. Keputusan dua berbalas satu kekal sehingga babak pertama.
    Di dalam babak kedua menyaksikan pertarungan yang agak sengit. Percubaan demi percubaan dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan M.U.F.C membuahkan hasil bagi pihak lawan. Gol demi gol dilakukan oleh pihak lawan. Tiba-tiba perlawanan dikejutkan oleh satu bunyi, 'TING'. Satu percubaan telah terkena palang gol lawan.
Segala percubaan ke arah gol lawan tidak dapat di sempurnakan dengan baik. Ternyata pertahanan lawan amat kental. Keputusan kekal sehingga wisel penamat. Tiada kecederaan berat dilaporkan.

News by : Sdr. Abu Bakar Kasim, Al-Asykar.