.
.
.
~ PENGENALAN ~
.
. 
Sejarah penubuhan M.U.F.C : 
.
Kelab bolasepak ini telah ditubuhkan pada hari Khamis 27hb November 1999 bersamaan 19 Syaaban 1420 di Dewan Utama Apartmen Dato' Yusof b. Masran Al-Banjari, Ketua Pemuda Pas Musallas sessi 1999/2000. 
Bermula dengan aktiviti tidak rasmi anak-anak Johor yang menetap di Musallas maka lahirlah idea untuk menubuhkan kelab ini. Bermula juga dengan bermain bolasepak di jalanraya, kini lahirlah sebuah kelab yang menaungi pemain-pemain jalanraya itu untuk terlibat secara serius dalam arena bolasepak Melayu amatur di Mesir. 
. 
Objektif penubuhan : 
    1-    Mengeratkan silaturrahim antara anak-anak Johor dalam bidang sukan khususnya bolasepak. 
    2-    Menjaga kebajikan ahli M.U.F.C. 
    3-    Memberi peluang kepada mana-mana anak Johor yang tidak terpilih untuk menyertai pasukan utama negeri. 
    4-    Mencungkil bakat-bakat anak Johor. 
    5-    Mengasah bakat-bakat mereka. 
    6-    Melatih meningkatkan prestasi. 
    7-    Mengatur aktiviti yang bersangkut-paut dengan objektif penubuhan kelab. 
    8-    Menyediakan pasukan yang mantap untuk bersama-sama bersaing bagi merebut piala-piala anjuran PMRAM dan badan-badan tertentu. 
    9-    Memeriahkan lagi cabaran arena bolasepak Malaysia di Mesir. 
    10-  Memeriahkan juga cabaran bolasepak di Malaysia kelak khususnya di negeri Johor Darul Ta'zim, insya-Allah. 
    11-  Menyebarkan da'wah Islamiah melalui bolasepak khususnya kepada masyarakat Malaysia kelak. 
    12-  Menerapkan nilai-nilai Islam di dalam sukan bola sepak. 
    13-  Mengadakan hubungan persaudaraan dengan kelab-kelab lain samada di Mesir ataupun dunia umumnya.
. Sumber ekonomi : 
     
.